top of page

关于培德学校

Sesi persekolahan tahun 2014 telah berlalu, banyak pengalaman dan pengajaran yang boleh dijadikan ingatan dan teladan, yang kurang  dipertingkatkan dan yang baik diperkatakan.  Semoga tahun 2015 ini, kita kembali bertugas dengan penuh yakin dan bersemangat, sentiasa bercita-cita untuk mempertingkatkan lagi prestasi pelajar-pelajar dari semasa ke semasa terutamanya dalam peperiksaan UPSR mahupun di bidang ko kurikulum pada tahun-tahun yang akan datang.

 

Kami yakin peningkatan pencapaian ini boleh berlaku di atas pegangan bahawa semua pelajar-pelajar sekolah ini adalah pelajar-pelajar yang boleh  dididik dan diajar.  Di samping itu, nilai-nilai murni juga disemai kepada murid agar mereka bukan sahaja dapat menjadi murid-murid yang inovatif dan bertanggungjawab, bahkan mereka juga akan dilatih menjadi insan yang harmonis dan seimbang seperti kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

 

Buku ini disediakan untuk memberi maklumat dan panduan kepada guru-guru agar kami tahu bidang tugas dan tanggungjawab kami, agar kami dapat menguruskan, menggerakkan dan menentukan hala tujuan organisasi sekolah ini.  Dengan ini juga, kami akan tahu di mana kami berada, apakah peranan dan fungsi kami di dalam struktur tersebut serta sebagai rujukan kami.  Diharapkan kami dapat bekerja bersepasukan agar visi dan misi sekolah dapat direalisasikan dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.

 

Akhir kata, selamat bertugas di SJKC PAY TECK.

 

 

 

Pn Lim Lay Chiat

Guru Besar,

我们的历史

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pay Teck atau nama ringkasnya SJK(C) Pay Teck, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di 45, Kampong Tiga.

Pada 2015, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pay Teck memiliki 220 pelajar lelaki dan 168 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 394 orang. Ia mempunyai seramai 26 orang guru.

bottom of page